NEW DELHI, 30 JULAI – Penduduk di New Delhi telah dinasihatkan untuk bersiap sedia bagi kemungkinan berlakunya gempa bumi besar selepas bandar India mengalami siri gegaran luar biasa kebelakangan ini.
Pakar berkata gempa bumi itu tidak pasti tetapi tidak mustahil dan boleh mengorbankan ratusan ribu di bandar mega 20 juta penduduk itu.Kempen kesedaran telah dilancarkan hari ini termasuk iklan dalam akhbar yang memuatkan senarai apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa gempa bumi. – AFP