Siap siaga tangani musim kemarau

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Bagi mengenal pasti langkah-langkah kesiapsiagaan agensi berkepenti-ngan dalam menghadapi musim kemarau dan cuaca kering, termasuk kejadian kebakaran hutan dan rumput, Mesyuarat Koordinasi Pelbagai Agensi bagi Menangani Kejadian Kebakaran Hutan dan Rumput Semasa Musim Kemarau telah diadakan hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Persidangan At-Tafkir, Tingkat 1, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) itu dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, mesyuarat juga telah membincangkan tentang persediaan logistik, keanggotaan dan tindakan bersepadu antara agensi kerajaan dan sektor swasta bagi menangani musim kemarau serta usaha-usaha dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai impak cuaca kering.

Mesyuarat juga mendengarkan taklimat yang telah disampaikan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

Berdasarkan statistik (Januari hingga Februari 2020) kebakaran hutan dan rumput yang telah direkodkan oleh JBP, sebanyak 370 panggilan kebakaran telah diterima yang menjejaskan hampir 375 hektar hutan di keempat-empat daerah. Sebanyak 20 buah balai bomba telah diaktifkan bagi menangani insiden kebakaran tersebut.

Turut hadir semasa mesyuarat itu ialah ketua pengarah kerja raya, pegawai-pegawai daerah, pemangku pengarah NDMC, pemangku pe-ngarah JBP, pegawai-pegawai kanan dan wakil dari agensi-agensi yang berkepentingan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), BDMD, Radio Televisyen Brunei, Perkhidmatan Kecemasan Ambulans Perubatan (EMAS), Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dan wakil dari Syarikat Brunei LNG Sdn Bhd.

Antara yang hadir semasa mesyuarat tersebut.