Friday, May 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siapa pengganti Chong wei?

    Malaysia memerlukan masa untuk menjadi kuasa besar dalam sukan badminton serta melahirkan pemain yang sama taraf dengan Datuk Lee Chong Wei.

    Senjata rahsia kejayaan Datuk Lee Chong Wei adalah semangat, keyakinan dan kesungguhan dalam sukan badminton, namun barisan pemuda Malaysia hari ini tidak mempunyai keinginan luar biasa seperti bekas pemain nombor satu dunia itu.

    Datuk Misbun Sidek, ketua jurulatih perseorangan Malaysia mengakui bahawa Malaysia perlu menunggu 10 hingga 15 tahun untuk mempunyai pemain standing Chong Wei.

    Penganalisis sukan, Norbakti Alias, juga bersetuju bahawa pemain sedia ada kini hanya bergantung kepada nasib semata-mata untuk meraih kejayaan mereka, tambahan lagi mereka tidak mempunyai kekuatan dalaman seperti dimiliki Chong Wei.

    “Mereka (pemain muda) tidak mustahil boleh jadi macam Chong Wei tapi ia perlu datang daripada diri sendiri. Jurulatih akan bagi benda (ilmu) yang sama kepada semua tetapi macam mana pemain nak gunakan kesempatan itu untuk buktikan kemampuan mereka sahaja yang jadi perbezaan. Pemain kena ada sasaran. Mereka hari ini hanya ikut program latihan tetapi Chong Wei dulu tidak. Bila sedar ada kelemahan, beliau akan luangkan lebih masa untuk berlatih memperbaiki kelemahan itu. Barisan pemain sedia ada sekarang bergantung kepada nasib sahaja,” katanya kepada Bernama.

    Pemain badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman pada sidang media mengenai persaraannya. – Bernama

    Senjata rahsia kejayaan Chong Wei adalah semangat, keyakinan dan kesungguhan dalam sukan badminton. – AFP
    Lee Chong Wei sebak kerana meninggalkan arena badminton apabila mengumumkan persaraannya. – Bernama

    Menurut Norbakti, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam arena sukan badminton negara sejak bermulanya sebagai wartawan sukan menyatakan di antara faktor yang menjadi penghalang untuk pemain muda hari ini ialah kemewahan.

    “Saya tak nampak lagi seorang pemain muda yang ada ciri-ciri seperti Chong Wei. Kadang-kadang yang ada dekat itu (BAM) kerana ibu bapa yang nak tengok mereka berjaya, bukannya kerana kehendak mereka.

    “Mereka ini berlatar belakangkan keluarga yang mewah jadi jika gagal dalam badminton tidak ada yang perlu dirisaukan. Kehidupan Chong Wei dulu lain, perbezaan itu memberi kesan,” tambah beliau.

    Oleh itu, Norbakti sangat berharap bahawa pemain muda memiliki ‘semangat luar biasa’ kerana satu tempat latihan berprestasi tinggi yang lengkap di Akademi Badminton Malaysia telah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan BAM.

    Sehubungan dengan itu, seseorang pemain mesti mempunyai matlamat dan kehendak yang tinggi dengan memanfaatkan fasiliti bertaraf dunia di samping memiliki barisan jurulatih terbaik di BAM. Beliau mengatakan tidak ada lagi alasan pemain itu gagal mencapai tahap terbaik dalam karier masing-masing.

    Keperibadian cemerlang

    “Chong Wei satu ketika hampir disisihkan dan apabila Misbun menyertai BAM, beliau (Chong Wei) pantas ‘tangkap’ Misbun untuk berlatih di bawahnya. Chong Wei tahu apa dia nak dan ada kesungguhan untuk capai apa dia nak.

    “Ia juga menunjukkan norma seseorang yang ingin belajar kerana ilmu ini kita kena minta,” tegasnya.

    Datuk Lee Chong Wei mempunyai mentaliti juara standing ramai jaguh sukan dunia antaranya bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo. Norbakti menyifatkan pemenang pingat perak tiga kali dalam Sukan Olimpik itu mempunyai dedikasi yang tinggi dalam keperibadiannya.

    Walau bagaimanapun, pemain perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia, 21, yang berada di kedudukan ke-20 dunia ketika ini memiliki pakej yang lengkap dan berada di landasan tepat untuk menjadi antara pemain terbaik dunia.

    Tidak ada pengganti

    Namun, beliau berkata beberapa nama sebelum ini juga pernah dikaitkan sebagai pengganti Chong Wei seperti Liew Darren dan Chong Wei Feng yang masing-masing satu ketika pernah menduduki ke-10 dan ke-12 dunia.

    “Dia (Zee Jia) kalau tengok tahap fizikal dan ketinggian dimiliki memang cukup lengkap untuk jadi pemain hebat. Bukan beliau sahaja sebelum ini, kita pernah ada Daren dan Wei Feng yang berpotensi tetapi gagal. Segalanya terpulang kepada pemain. Perlu diingatkan, potensi sahaja tidak cukup. Semuanya tetap bergantung kepada kemahuan pemain itu sendiri dan usahanya untuk maju,” katanya.

    Berbeza dengan kenyataan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, mengatakan bahawa tempoh 10 hingga 15 tahun itu terlalu lama untuk melahirkan pemain standing Chong Wei dan seharusnya mampu untuk dipendekkan kepada lima tahun.

    “Sekarang semua kita sudah ada, kemudahan kelas pertama sudah ada. Apa yang kita nak adalah mentaliti kelas pertama, disiplin kelas pertama dan pendekatan untuk menjadi pemain kelas pertama. Perkara-perkara ini saya rasa semua atlet dan jurulatih tahu malah saya yakin dari 15 tahun itu kita boleh percepatkan lagi hingga ke lima tahun. Buat masa ini mari kita usahakan untuk ke lima tahun berbanding 10 hingga 15 tahun,” katanya baru-baru ini.

    Datuk Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraannya pada Khamis lepas selepas 19 tahun berbakti mengharumkan anama Malaysia dengan meraih 69 gelaran, termasuk 47 gelaran juara Siri Super.

    Beliau telah melakar sejarah sendiri apabila memegang gelaran sebagai pemain nombor satu dunia sebanyak 349 minggu dari 2008 sehingga 2013. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/