Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siapakah suara misteri itu?

    KISAH ini bermula masa aku dalam kelas. Dalam kelas itu tidak ramai dalam 20 lebih macam tu. Kebanyakannya pelajar perempuanlah termasuk aku.

    Lelaki sikit sahaja setakat lima orang. Okey masa tu aku tengah dok khusyuk menghafal apa yang disuruh oleh cikgu.

    Kalau tak hafal kang nanti kena rotan. Haha. Kelas aku tu walaupun ramai pelajar perempuan, fuuhhhh dia punya bising nak meletup kelas tu nanti. Sebab dah terlampau bising, aku pergi duduk dekat tempat duduk yang hujung sekali berhampiran dengan tingkap. Aman sikit nak menghafal sebab tempat tu memang kosong dan tidak ada orang.

    Masa tengah dok khusyuk menghafal, tiba-tiba ada lah sorang kawan aku dok sebelah aku. Dia ni dari tadi asyik menyanyi.

    Tapi aku biarkan aje, nasib baik merdu. Nyanyi lagu orang putih. Tapi tengah dia menyanyi tu, aku tengah baring atas meja menghadap sebelah kanan. Kawan aku tu dok sebelah kiri. Jadi aku hanya boleh dengar sahaja dia ni nyanyi.

    Dah lama lepas itu, aku bangun dan tengok-tengok dia dah tidak ada. Tapi yang peliknya, aku masih lagi dengar suara dia menyanyi. Kemudian aku fikir positif berkemungkinan dia nyanyi-nyanyi dekat luar kelas sambil buang sampah atau apa kan.

    Sebab memang dengar dia menyanyi kat luar. Aku hairan lah juga sebab masa tu aku rasa aku seorang sahaja yang mendengar. Kawan aku semua sedang sibuk menghafal macam biasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda