Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Siapsiaga terhadap ilmu digital sesuai Al-Quran, Sunnah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Bengkel Youth Digital Ready yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah baru-baru ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan seramai 65 orang peserta.

    Bengkel yang diungkayahkan oleh Kumpulan Belia Masjid Syababurroja Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Belia Masjid Senegara itu diisikan dengan taklimat oleh Penolong Profesor Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Dr Hajah Ummi Faizah binti Haji Abdul Rahman.

    Beliau antara lain menekankan kepentingan untuk menggunakan sosial media bagi menyebarkan kebaikan dan manfaat, selain menggariskan panduan untuk para belia menggunakan media sosial mengikut panduan Islam.

    Di samping itu, bengkel pengisian Canva disampaikan oleh Penolong Penasihat Kumpulan Belia Masjid Ashabul Halim dan AJKT Media, Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampung Tungku Katok, Dayang Siti Nur Bari’ah binti Bujang Ghazali.

    Dengan perkembangan teknologi terkini, bengkel bertujuan untuk mempersiapkan para belia dengan ilmu digital sebagai salah satu bekalan dalam menghadapi cabaran revolusi 4.0 yang bersesuaian dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

    Para peserta bergambar ramai semasa menyertai bengkel berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AJKT BELIA MASJID
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...