Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Siaran TV Korea Utara beralih guna satelit Rusia

    SEOUL, 2 JULAI – Siaran televisyen Korea Utara telah beralih daripada satelit China kepada satelit Rusia, menurut Kementerian Penyatuan Korea Selatan hari ini, menimbulkan gangguan perkhidmatan di negara itu.

    Tindakan itu diambil ketika hubungan antara Rusia dan Korea Utara semakin erat, dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin melawat pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Pyongyang bulan lalu dan menandatangani perjanjian untuk memperkukuh kerjasama dalam semua bidang termasuk pertahanan.

    “Korea Utara telah berhenti menggunakan satelit China dan kini menyiarkan melalui satelit Rusia,” kata Kementerian Penyatuan Korea Selatan dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP hari ini.

    “Perubahan ini telah mengakibatkan penerimaan siaran satelit terhad di beberapa kawasan kami,” tambahnya.

    Walaupun rakyat Korea Selatan dilarang secara undang-undang mengakses media negara Korea Utara, pihak berkuasa Seoul dan saluran media memerlukan perkhidmatan satelit untuk memantau siaran tersebut, di mana Korea Utara membuat pengumuman penting dan menyebarkan propaganda kerajaan.

    Moscow dan Pyongyang telah menjadi sekutu sejak penubuhan Korea Utara selepas Perang Dunia Kedua dan hubungan mereka semakin erat sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022.

    Amerika Syarikat dan sekutunya menuduh Korea Utara membekalkan peluru dan peluru berpandu kepada Rusia untuk perang di Ukraine, dan sidang kemuncak terbaharu Kim-Putin telah menimbulkan kebimbangan mengenai penghantaran lebih banyak senjata.

    Susulan perjanjian antara Putin dan Kim di Pyongyang, Korea Selatan, sebagai pengeksport senjata utama, menyatakan ia akan ‘mempertimbangkan semula’ dasar lama yang melarangnya membekalkan senjata secara langsung kepada Kyiv. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...