Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Sebutan kes seorang lelaki warga Indonesia yang menghadapi tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki tempatan ditangguhkan Mahkamah Majistret, hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 5 Mei untuk sebutan semula kes terhadap Wartono yang didakwa mengugut untuk membunuh mangsa dengan mengayunkan parang ke arahnya pada 25 April 2018 sekitar jam 8:32 malam di Kampung Kianggeh.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.