Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siasatan nahas C-130 ambil masa minimum dua bulan

    ISTANBUL, 18 NOV – Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler berkata proses siasatan terhadap kotak hitam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di sempadan Azerbaijan-Georgia sehingga meragut 20 anggota tentera Turkiye akan mengambil masa ‘sekurang-kurangnya dua bulan’, lapor agensi Anadolu (AA).

    “Proses menyahkod kotak hitam dan mendapatkan penemuan awal akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet Presiden.

    Berdasarkan penemuan awal, yang masih belum dapat dipastikan sepenuhnya, bahagian ekor pesawat dipercayai terputus terlebih dahulu sebelum pesawat berkenaan terpisah kepada tiga bahagian.

    “Perkara ini akan diperjelaskan melalui siasatan kotak hitam,” jelasnya.

    Dia berkata kotak hitam itu kini sedang dianalisis oleh Industri Aeroangkasa Turkiye (TUSAS). – Bernama

    Pakar-pakar bekerja di tapak nahas pesawat kargo tentera Turki C-130 di kawasan Sighnaghi, sempadan Georgia-Azerbaijan pada 12 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda