Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sibu, Mukah, Sri Aman antara berisiko kebakaran hutan

    KOTA SAMARAHAN, 3 JUN – Beberapa kawasan di Sibu, Mukah, Sri Aman dan kawasan terpencil di Kuching dikenal pasti sebagai kawasan panas bagi kebakaran hutan dan tanah gambut yang dijangka berlaku akibat kepanasan melampau susulan peralihan monsun barat daya bermula Mei hingga Oktober ini.

    Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata setakat ini, jumlah tenaga kerja di Sarawak bagi mendepani kebakaran akibat cuaca panas dan kekeringan serta kemarau itu adalah mencukupi.

    “Di Sarawak ini, kita kenal pasti beberapa hotspot seperti di Sibu, Mukah, Sri Aman dan beberapa tempat yang terpencil di Kuching jadi kita telah menyediakan barisan hadapan dengan kelengkapan aset, salah satunya peralatan pemadaman pembakaran hutan dan tanah gambut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda