Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sibuk buat persiapan sambut Lebaran

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Suasana keriangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasai di mana hanya tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi perayaan yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan itu bakal menjelang.

    Orang ramai seperti lazimnya sedang sibuk membuat persiapan bagi meraikan sambutan berkenaan dengan penuh meriah bersama keluarga dan sahabat-handai di mana ia memberikan peluang kepada mereka untuk berkunjung dan mengeratkan lagi hubungan keluarga serta silaturahim di antara satu sama lain.

    Media Permata berpeluang membuat tinjauan ke beberapa lokasi membeli-belah di sekitar ibu negara dan mendapati orang ramai sedang sibuk membuat pembelian barangan sebagai persediaan.

    Kedai-kedai menjual kain dan pakaian menjadi tumpuan bagi sesetengah pembeli yang ingin mendapatkan kain atau pakaian baharu.

    Di samping itu, mereka juga berkunjung ke kedai-kedai menjual barangan hiasan seperti cucul dan bekas menyimpan biskut.

    Beberapa orang pengunjung ketika ditemui oleh Media Permata menyatakan bahawa mereka memilih untuk mendapatkan kain bagi memadankan dengan pakaian Hari Raya yang telah ditempah lebih awal.

    Di samping itu, mereka juga membuat pembelian barangan perhiasan dan bekas simpanan bagi mengalu-alukan keluarga serta sahabat-handai semasa majlis rumah terbuka yang bakal diadakan semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Bagi mereka, musim perayaan itu bukan sahaja masa yang sesuai bagi mengeratkan hubungan silaturahim tetapi juga masa yang terbaik bagi ahli keluarga dari jauh termasuk dari luar negara untuk berkunjung dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

    Orang ramai membuat pembelian barangan perhiasan dan bekas kuih semasa tinjauan media ke kedai-kedai menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda