Oleh Sim Y. H. – BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-63 sekali lagi mengetengahkan tema Bersama Menjayakan Wawasan Negara, yang menekankan peranan penting pertahanan dalam sama-sama mencapai Wawasan Negara 2035. Di samping itu, sambutan turut mengetengahkan konsep evolusi dan tonggak pertahanan termasuk diplomasi pertahanan serta