Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sidang pendidikan Komanwel ke-20 di Fiji

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Delegasi dari Brunei Darussalam yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad telah menyertai Persidangan ke-20 bagi Menteri-menteri Pendidikan Komanwel (CCEM ke-20) yang berlangsung dari 19 hingga 23 Februari di Nadi, Fiji.

    Persidangan yang diadakan setiap tiga tahun sekali dengan mengumpulkan menteri-menteri pendidikan dan perwakilan dari 53 negara anggota Komanwel itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Fiji, Laksamana Muda Frank Bainimarama.

    Sejurus selepas pelancarannya, ia disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland; dan bekas Perdana Menteri New Zealand yang juga bekas Pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), Helen Clark, yang menekankan temanya ‘Kemapanan dan Kekukuhan: Bolehkah Pendidikan Mencapainya?’

    Menurut kenyataan dari Kementerian Pendidikan, antara agenda yang dibincangkan semasa persidangan itu melibatkan isu-isu penting dan dialog mengenai pendidikan, peluang berkongsi pengetahuan dan memberitahu amalan baik dalam sektor pendidikan.

    Pegawai-pegawai kanan pendidikan dari negara Komanwel bergambar ramai semasa Persidangan CCEM ke-20 di Fiji.

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengemas kini tindakan-tindakan dengan mematuhi mandat CCEM, serta mengenal pasti bidang-bidang tindakan pendidikan dalam Komanwel bagi tempoh tiga tahun.

    Tambah kenyataan itu lagi, CCEM ke-20 juga menjadi persidangan pertama sejak pengadaptasian Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) dengan tumpuan mengenal pasti strategik-strategik efektif untuk membolehkan negara-negara anggota untuk mencapai SDG 4 – pendidikan berkualiti dan insklusif untuk semua.

    Ia sejajar dengan salah satu matlamat utamanya untuk menyampaikan dan mentakrifkan mekanisme melalui sistem pendidikan di seluruh Komanwel yang dapat membolehkan pembangunan mapan dan menangani cabaran-cabaran global yang utama.

    Persidangan lima hari itu juga akan diakhiri dengan pengeluaran terbitan deklarasi menteri-menteri yang menggariskan topik-topik besar dan isu-isu yang dibincangkan semasa CCEM ke-20 serta cadangan inisiatif pemulihan besar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda