Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siemens bina kilang teknologi tinggi baharu

    BERLIN, 15 JUN – Syarikat perindustrian gergasi Jerman, Siemens berkata hari ini ia akan membina sebuah kilang berteknologi tinggi baharu di Singapura dan memperluaskan kilang lain di China sebagai sebahagian daripada rancangan pelaburan bernilai dua bilion euro (AS$2.1 bilion) untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya.

    Siemens menyatakan bahawa ia akan melabur sekitar 200 juta euro di kilang Singapura yang akan menumpukan pada automasi industri dan menetapkan piawaian baharu untuk penyambungan.

    Bertujuan untuk melayani pasaran Asia Tenggara, pemasangan baharu itu dijangka dapat mewujudkan lebih 400 pekerjaan.

    Akhbar harian perniagaan, Handelsblatt melaporkan bahawa Siemens pada asalnya merancang untuk menubuhkan kilang itu di China tetapi akhirnya beralih ke Singapura untuk mengurangkan pergantungannya kepada syarikat gergasi Asia itu.

    Namun demikian, China jauh daripada ketinggalan dalam rancangan pelaburan terkini.

    Gambar freepik

    Siemens menyatakan bahawa ia akan mengembangkan kilang digitalnya di Chengdu, China, melabur 140 juta euro dan membawa 400 jawatan baharu.

    Pusat R&D digital baharu juga akan ditubuhkan di Shenzhen.

    “Dalam sebuah pernyataan, Siemens mengatakan bahawa banyak pelanggan mereka di China adalah pengguna awal teknologi baharu terutamanya dalam pendigitalan dan pembuatan teknologi tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

    “Oleh sebab itu, Siemens juga mengumumkan pelaburan dalam Pusat Inovasi R&D digital baharu di Shenzhen untuk mempercepatkan pembangunan sistem kawalan gerakan dengan pendigitalan dan kuasa,” tambahnya.

    Siemens menyatakan bahawa butiran mengenai pelaburan selanjutnya di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia akan segera diumumkan.

    Pengumuman tersebut dilakukan oleh Siemens sehari selepas kerajaan Jerman menerbitkan Strategi Keselamatan Negara pertamanya yang menyasarkan China kerana bertindak bertentangan dengan kepentingan dan nilai Berlin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda