Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Siemens Energy komited sokong inisiatif tenaga hijau Malaysia

    KUALA LUMPUR, 14 APRIL – Penggerak tenaga boleh baharu (TBB) Jerman, Siemens Energy komited untuk menjadi rakan tenaga Malaysia dalam membolehkan teknologi hidrogen dan infrastruktur grid.

    Perkara itu adalah seiring dengan lawatan ke ibu pejabatnya di Jerman baru-baru ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menunjukkan minat mendalam terhadap sistem hidrogen dan grid.

    Bercakap kepada Bernama, Pengarah Urusan Siemens Energy Malaysia, Azli Mohamed berkata pada masa ini, syarikat itu bekerjasama rapat dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam bidang pengeluaran hidrogen dan penggunaannya untuk pembakaran bersama di loji jana kuasa termal.

    Syarikat itu juga bekerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan cabang tenaga bersihnya, Gentari Sdn Bhd untuk meneroka peluang dalam rantaian nilai hidrogen.

    “Bagi idea yang lebih jelas, grid adalah tulang belakang penyahkarbonan dan kita perlu memastikan kesediaan grid untuk penggunaan boleh baharu sekali gus memberi jaminan bekalan tenaga boleh dipercayai dan terjamin untuk rakyat Malaysia.“ – Bernama

    Anwar mendengar penerangan Naib Presiden Operasi Jualan Siemens Energy, Jens Klingemann semasa melawat kilang Siemens Energy di Berlin pada 11 Mac lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...