Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siemens Malaysia lantik Tindaro Danze

    KUALA LUMPUR, 3 JAN – Siemens Malaysia telah melantik Tindaro Danze sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Januari 2023.

    Dalam kenyataan kelmarin, Siemens Malaysia berkata, pada masa sama, Danze turut bertanggungjawab ke atas perniagaan industri digitalnya (DI) di Malaysia.

    CEO Siemens ASEAN, Dr Thai-Lai Pham berkata Danze mempunyai banyak pengetahuan dan kepakaran dalam teknologi digital, strategi perniagaan, pengurusan projek dan bimbingan eksekutif.

    “Kombinasi di ibu pejabat dan pengalaman beliau di peringkat serantau akan membolehkannya meningkatkan fokus perniagaan kami di Malaysia,” katanya.

    Sebelum pelantikan ini, Danze ialah Ketua Jualan Global bagi perusahaan digital dan pengurusan menegak DI yang berpangkalan di Jerman.  – Bernama

    Danze telah dilantik sebagai Presiden dan CEO Siemens Malaysia berkuat kuasa 1 Januari 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda