Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sifar jangkitan baharu, 1 sembuh

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Negara Brunei Darussalam tidak mencatatkan sebarang kes COVID-19 baharu setakat jam 12 tengah hari ini, mengekalkan jumlah keseluruhan 259 orang.

    Sementara itu, satu kes sembuh direkodkan, menjadikan kes yang aktif kepada 10 kes dan kesemuanya sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan serta dalam keadaan baik.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, menjelaskan kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 ialah pada 6 Mei 2020 (417 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 118 kes.

    Selain itu,sejumlah 698 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 20,610 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.
    Dalam 24 jam lalu, sebanyak 265 sampel koronavirus diuji membawa jumlah keseluruhan ujian makmal sejak Januari sebanyak 139,768 ujian.

    Bagi pemberian vaksin dos 1 dan 2, seramai 76,471 orang telah menerima vaksin sejak ia dilaksanakan pada 2 April lalu. Sejumlah 13,039 orang menerima dua dos lengkap, manakala 63,432 yang baharu menerima dos pertama setakat 26 Jun 2021, jam 5 petang.

    Daerah Brunei dan Muara mencatatkan bilangan penerima vaksin tertinggi sebanyak 40,542 bagi dos 1 dan 10,207 dos ke-2; Daerah Belait 9,553 dos 1 dan 1,055 dos ke-2; Daerah Tuting 8,881 dos 1 dan 1,234 dos ke-2 dan Daerah Temburong 4,456 dos 1 dan 543 dos ke-2.

    Maklumat lanjut bolehlah dilayari di www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihatan Kesihatan 148 atau aplikasi BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda