SENAMAN tidak semestinya memerlukan modal yang besar seperti mengunjungi gimnasium atau melantik seseorang jurulatih. Cukup dengan ilmu yang betul, kita juga boleh membakar kalori dengan mudah dan murah pada bila-bila masa. Apa yang penting, hati mesti gembira!
1-Naik dan turun tangga
Boleh dilakukan sama ada di rumah, sekolah ataupun pejabat secara kerap. Elakkan lif sekiranya boleh.
2-Berjalan
Lakukan ‘senaman’ berjalan secara pantas. Aktifkan diri dengan berjalan dan kurangkan berkenderaan jika tempat yang dituju itu berdekatan seperti ke masjid atau ke kedai. Ataupun letakkan kenderaan sedikit jauh dari tempat yang dituju.
3-Aktiviti rumah tangga
Aktif tidak bererti mesti beraktiviti di luar rumah sahaja. Di rumah juga kita boleh ‘bersenam’ dengan membasuh kenderaan, menyapu dan mencuci lantai, mengemas rumah, membasuh dan menyidai pakaian dan sebagainya.