Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sijil COVID-19 jamin perjalanan bebas

    BRUSSELS, 29 APRIL – Parlimen Eropah hari ini mencapai persetujuan pada dasarnya mengenai fungsi sijil koronavirus, mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk melancarkan dokumen bertujuan membuka perjalanan dalam negara blok.

    Eropah berhasrat memiliki satu sijil yang menunjukkan status vaksinasi pembawa, keputusan ujian COVID-19 dan atau bukti yang menunjukkan individu telah sembuh dari penyakit untuk berkuat kuasa pada Jun, tepat pada masanya untuk tempoh percutian musim panas di benua itu.

    Sementara kerja-kerja teknikal telah diteruskan untuk memastikan sijil itu diiktiraf di kesemua 27 negara anggota EU, butir-butir muktamad perlu dikemaskinikan yang membabitkan ibu negara, Suruhanjaya Eropah dan parlimen.

    Perubahan pertama dalam cadangan suruhanjaya adalah nama. Ahli parlimen suruhanjaya ingin menggelarnya ‘sijil COVID-19 EU’ dan bukannya ‘sijil hijau digital’ – untuk mengelak sebarang implikasi daripada menjadi ‘pasport vaksin’.

    Mereka berkata dokumen itu ‘tidak harus berfungsi sebagai dokumen perjalanan atau menjadi prasyarat untuk mengamalkan hak kepada pergerakan bebas’ dan hanya boleh digunakan selama 12 bulan.

    Menekankan bahawa sijil itu tidak patut menimbulkan diskriminasi, parlimen menuntut ujian COVID-19 untuk perjalanan harus diberikan secara percuma. Suruhanjaya telah berkata isu ini harus diputuskan oleh negara anggota. – AFP

    Presiden Suruhanjaya ERopahUrsulavonderLeyen menyampaikan ucapan semasa sesi pleno di Parlimen Eropah, Brussels pada 27 April 2021.Parlimen Eropah bersetuju pada dasarnya mengenai fungsi sijil Covid, mendorong EU untuk melancarkan dokumen untuk membuka perjalanan dalam negara blok. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda