Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Sijil halal dibatal, lemak khinzir dalam restoran,

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Sijil Halal dan Sijil Penyelia Halal Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) yang dikeluarkan kepada T.T. Blues Cafe and Restaurant (Cawangan Gadong) telah dibatalkan berkuat kuasa pada 26 September lalu.

              Pembatalan berkenaan adalah berikutan penemuan satu tong 25 liter lemak khinzir (Refined Lard), 35 paket pepejal darah itik dan 58 jenis bahan makanan lain yang diragui kehalalannya yang dipercayai dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam untuk digunakan sebagai bahan masakan di dalam restoran berkenaan.

    Dapatan itu adalah hasil pemantauan rutin yang dijalankan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) ke atas pemegang-pemegang Sijil Halal dan Permit pada 26 September lalu.

     

    Barangan tidak halal dan diragui kehalalannya yang ditemui di restoran berkenaan. – Gambar serahan KHEU

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...