Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Produk berus pembersih jenama Skitto Clean yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di negara ini telah diarahkan untuk diasingkan kerana didapati diperbuat daripada bulu khinzir.
Arahan berkenaan adalah berikutan aduan daripada orang awam kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES).
Menurut KHEU, pihak berkenaan telah melaksanakan pemeriksaan oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan dan mengesahkan produk berkenaan memang diperbuat daripada bulu khinzir.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.