Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sijil Halal tiga restoran digantung

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Sijil halal bagi tiga buah restoran iaitu Sorisso Restaurant & Pizzeria di Kampung Kiarong, Seri Kemayan Restaurant di Bangunan Pusat Boling Utama, Jalan Kubah Makam Diraja dan Restoran Ismahana di Kompleks Sufri, Batu Satu, Jalan Tutong, telah digantung setelah gagal mematuhi kehendak dan syarat-syarat Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005.

    Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah selaku Urus Setia Majlis Ugama Islam memaklumkan penggantungan berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

    Kenyataan itu juga mengingatkan orang ramai bahawa setiap syarikat yang telah diberikan Sijil Halal dikehendaki sentiasa mematuhi kehendak dan syarat Sijil Halal termasuk Piawaian Brunei Darussalam untuk Makanan Halal 24:2007 serta garis panduan yang telah ditetapkan.

    Bahagian Kawalan Makanan Halal akan sentiasa menjalankan audit pemantauan dari semasa ke semasa ke atas syarikat-syarikat yang telah diberikan Sijil Halal untuk memastikan kehendak dan syarat Sijil Halal sentiasa dipatuhi bagi menjamin pemakanan masyarakat di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda