Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sikap pemuda kutip sampah mendapat pujian

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Video tular mengenai seorang pemuda yang mengutip sampah di salah satu lokasi yang sering dikunjungi ramai bagi mendaki bukit telah mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

    Hari ini, pemuda berkenaan, Awang Mohd Haikal bin Bahrin dilihat meneruskan aktiviti murninya membersihkan kawasan Bukit Silat dan Sum-Sum serta sekitarnya bersama ayahnya, Awang Bahrin bin Kamis.

    Ketika ditemui, Awang Mohd Haikal menjelaskan bahawa video tular berkenaan dirakam oleh salah seorang pengunjung.

    Menurutnya, niat beliau (mengutip sampah) bukanlah untuk menarik perhatian orang ramai, akan tetapi memang sudah terbiasa dengan didikan ibu bapa sejak kecil lagi.

    Dalam usianya yang masih muda, Awang Mohd Haikal sering meluangkan masa lapangnya dengan melakukan aktiviti lasak mendaki Bukit Silat yang berdekatan tempat tinggalnya di Rancangan Perumahan Negara Kampung Katok.

    Menurut beliau, menjaga kebersihan bukan sahaja salah satu amalan yang baik untuk dicontohi, bahkan juga ia menunjukkan keperibadian seseorang.

    Walau bagaimanapun, beliau merasa kesal kerana masih terdapat pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata tempat.

    Awang Mohd Haikal (tengah) berkata, beliau mengutip sampah bukan untuk menarik perhatian orang ramai tetapi sudah terbiasa dengan didikan ibu bapa sejak kecil.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda