Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Sikap pemurah Anzalna Nasir dipuji peminat

    Seorang pengikut laman sosial Anzalna Nasir menyifatkan pelakon Malaysia itu sebagai seorang yang merendah diri dan tidak sombong walaupun berstatus artis popular.

    Memetik laporan mStar, individu berkenaan turut memuji sikap pemurah Anzalna kerana memberi potongan harga istimewa ketika membeli barangan terpakai milik anak lelakinya iaitu Eidrees.

    Kebaikan yang ditunjukkan Anzalna membuatkan individu tersebut tidak percaya dengan apa yang dialaminya.

    “Saya rasa macam tak percaya awak terlalu baik dan rendah diri. Sejak dulu saya memang kagum sangat dengan seluruh keluarga awak.

    “Saya ingat macam sombong rupanya tak! Memang pemurah betul, sudahlah beri saya banyak diskaun, siap beri hadiah lagi… Saya hargai sangat,” tulisnya.

    Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, turut berkongsi paparan tangkap layar mesej diterimanya di Instagram pada Ahad.

    Dalam mesej sama, individu tersebut turut mendoakan pelakon Dendam Aurora itu diberikan kesihatan yang baik bersama suami dan anak-anaknya.

    “Awak sangat baik hati dan tidak hairanlah awak diberikan kehidupan sempurna.

    “Saya doakan semoga Allah kurniakan kesihatan untuk anak-anak awak dan membesar menjadi anak soleh dan bijak,” ujarnya.

    Memberi respon terhadap pujian tersebut, Anzalna mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit kerana sanggup datang dari Pulau Pinang untuk membeli pakaian terpakai anak-anaknya.

    “Alhamdulillah rezeki awak dan anak-anak. Terima kasih kerana sanggup datang dari Pulau Pinang.

    “Awak sangat baik hati, terima kasih kerana banyak membeli pakaian terpakai anak-anak saya. Nanti saya akan korek lagi cari baju-baju lama Eidrees,” katanya. – Agensi

    Anzalna disifatkan seorang yang pemurah dan rendah diri. – mStar

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Ariana Grande berehat panjang?

    Konsert jelajah Eternal Sunshine bermula Jun tahun depan berkemungkinan...

    ‘Nyanyian langsung cabaran baharu di pentas teater’

    Selepas lebih 10 tahun tidak beraksi di pentas teater...

    Bekas isteri bimbang anak ikut wajah Sule

    Penyanyi Nathalie Holscher pernah berasa bimbang untuk menyambut kelahiran...

    Muzium pamer patung lilin Puteri Diana dengan ‘gaun dendam’

    PARIS, 20 NOV – Muzium patung lilin Grevin di...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...