Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sikap pemurah Lokman buat Atikah jatuh cinta

    Sikap pemurah dan sederhana suami membuatkan pelakon Datin Atikah Suhaime terbuka hati untuk mengenali Datuk Lokman Teh dengan lebih rapat sekitar tahun 2019 lalu.

    Kata Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, sejak berkawan rapat, dia banyak belajar perkara baik yang ditunjukkan oleh suaminya itu.

    “Jujur saya katakan ketika awal jumpa saya suka sebab dia kaya dan kacak. Kemudian apabila kami semakin rapat, saya mula terfikir adakah harta boleh buat hidup bahagia.

    “Tapi selepas benar-benar mengenalinya saya rasa tenang dan gembira… dari situ saya mula sedar bahawa kami boleh bersama meskipun mungkin tidak berharta. Saya yakin dia adalah lelaki yang terbaik.

    “Sepanjang kami kenal juga banyak perkara baik saya yang belajar. Dia seorang dermawan dan pernah memberi telefon bimbit kepada anak jalanan. Dari situ, ia juga mengajar saya untuk amalkan bersedekah,” katanya kepada mStar.

    Keperibadian Lokman menambat hati Atikah. – mStar

    Pada Ahad lalu, Atikah dan Lokman selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah majlis penuh meriah berlangsung di Kuala Lumpur.

    Perkenalan sekitar lima tahun lalu bermula apabila pelakon Miera Leyana memperkenalkan Lokman kepada Atikah.

    Tidak mahu membuang masa bercinta, Atikah mengakui dia sendiri yang meminta Lokman untuk mempercepatkan penikahan mereka.

    “Dari awal lagi saya dah paksa dia kahwin. Umur saya pun semakin meningkat sebab itu saya cakap kepada dia agar kami segera bernikah.

    “Ada juga rakan-rakan yang kata Lokman tidak mahu bernikah dengan saya dan perkara itu membuatkan saya lebih pressure, tetapi dia sendiri yang terbuka hati untuk berkahwin dengan saya,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda