Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sikap Ten Hag terlalu negatif – Ronaldo

    LONDON, 12 SEPT – Cristiano Ronaldo yang mendakwa sikap Erik ten Hag terlalu negatif, menggesa pengendali United itu tetap meletakkan sasaran memburu gelaran Liga Perdana Inggeris walaupun kelab tersebut perlu dibina semula dari asas.

    Bintang Portugal itu, yang kini beraksi untuk Al-Nassr di Arab Saudi, pernah mengalami hubungan tegang dengan Ten Hag sebelum tempoh keduanya di Old Trafford berakhir pada akhir 2022.

    Namun, Ronaldo percaya bekas kelabnya itu perlu membuat perubahan besar tetapi Ten Hag tidak sepatutnya menolak kemungkinan untuk memenangi trofi besar dalam tempoh tersebut.

    Reaksi Cristiano Ronaldo semasa perlawanan bola sepak kumpulan A UEFA Nations League antara Portugal dan Croatia di stadium Luz di Lisbon pada 5 September lalu. – AFP

    Pengendali dari Belanda itu berkata dia yakin mampu memenangi lebih banyak kejuaraan musim ini selepas menjulang trofi Piala Liga dan Piala FA sepanjang dua musim lalu.

    Namun pada Julai lalu dia mengatakan pasukannya masih belum bersedia untuk memenangi Liga Perdana Inggeris, yang tidak dimenangi sejak musim terakhir di bawah kendalian Alex Ferguson pada tahun 2013.

    “Manchester, mereka perlu membina semula semuanya, pada pendapat saya,” kata Ronaldo dalam satu episod podcast Rio Ferdinand Presents, yang akan dikeluarkan hari ini.

    Jurulatih, mereka kata mereka tidak mampu bersaing untuk memenangi liga dan Liga Juara-Juara. Sebagai jurulatih Manchester United, awda tidak boleh berkata begitu. Awda mesti berjuang untuk memenangi liga atau Liga Juara-Juara.

    “Awda mungkin tidak mempunyai potensi itu, tetapi awda tidak boleh berkata begitu. Awda perlu mencuba. Awda mesti mencuba”.

    United mengejutkan Manchester City dalam final Piala FA pada Mei tetapi mengalami musim Liga Perdana terburuk tahun lalu, apabila mereka menamatkan musim di tangga kelapan. Kelab yang pernah memenangi 20 gelaran Liga Inggeris itu juga tewas dalam dua daripada tiga perlawanan pembukaan musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda