Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sikit pun tak cemburu!

    Isteri kepada penyanyi Virgoun tidak terkejut apabila mengetahui khabar angin suaminya sudah bertemu pengganti meskipun mereka belum sah bercerai.

    Inara berkata dia sudah lama mengetahui khabar percintaan suaminya itu, namun sama sekali tidak mencemburui hubungan tersebut.

    Dia juga tidak terkejut dengan perkara itu memandangkan sudah mengenali sikap sebenar suaminya.

    “Biasalah, bukan suatu yang mengejutkan. Saya tidak menyesal bukan? Kita tidak boleh memaksa semua orang berada terus dengan kita.

    “Sejauh mana rasa cemburu? Jangan fokus perkara itu tapi fokus perkara lain,” katanya memetik Detik Hot.

    Inara dedah dirinya mengenali wanita tersebut. – mStar

    Bukan itu sahaja, Inara juga memaklumkan dia memang mengenali wanita yang menjadi pengganti dirinya itu.

    Jelasnya wanita berkenaan pernah menjadi seorang aktres malah dia juga menyukai aktiviti sukan permotoran.

    “Saya pernah jumpa dia sekali dua. Masa itu semasa pengurus saya memberi saya kerja untuk sebuah rancangan.

    “Kali kedua saya bertemu dia di tempat pemain bass tapi saya tidak begitu mengenali wanita tersebut,” kongsinya.

    Konflik rumah tangga Virgoun dan Inara masih berlarutan selepas penyanyi itu memfailkan cerai pada Mei lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda