Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siklon baharu tuju Indonesia

    LEMBATA, INDONESIA, 9 APRIL – Satu siklon baharu kini sedang menuju ke Indonesia dan mengancam mengakibatkan lebih banyak banjir dan tanah runtuh, menurut pihak berkuasa hari ini, ketika negara gugusan kepulauan itu baru saja dilanda taufan yang meragut 200 nyawa termasuk di negara jiran TimorLeste.

    Taufan Siklon Odette dijangka membawa hujan lebat ke selatan Sumatera dan bahagian lain negara itu termasuk Jawa Tengah dan pulau peranginan, Bali.

    Meskipun ia dijangka tidak akan membawa kemusnahan besar seperti siklon Seroja yang menghentam timur Indonesia minggu ini, agensi kaji cuaca kebangsaan mengatakan ia berpotensi membawa kemusnahan serius.

    “Semua perlu berwaspada bagi kemungkinan angin kencang dan hujan lebat…juga banjir dan tanah runtuh,” menurut ketua agensi kaji cuaca, Dwikorita Karnawati. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda