Friday, July 5, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Siklon Freddy diiktiraf taufan tropika paling lama

    GENEVA, 2 JULAI – Siklon Freddy, yang melanda di seluruh selatan Lautan Hindi sebelum membawa kemusnahan di tenggara Afrika tahun lalu, merupakan taufan tropika paling lama yang pernah dicatatkan pada 36 hari, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan hari ini.

    Panel pakar-pakar telah meneliti data mengenai ribut itu sejak perjalanannya yang luar biasa pada Februari dan Mac tahun lepas.

    Agensi cuaca dan iklim PBB menyimpulkan ia telah memecahkan rekod sebelumnya.

    Jawatankuasa penilaian cuaca ekstrem ‘mengiktiraf tempoh Siklon Tropika Freddy selama 36 hari pada status ribut tropika atau lebih tinggi sebagai rekod dunia baharu bagi tempoh siklon tropika paling lama,” menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) dalam satu kenyataan.

    Oleh itu, Freddy memintas Siklon Tropika John, yang merentasi utara Lautan Pasifik pada tahun 1994 dan memegang status ribut tropika atau lebih tinggi untuk tempoh gabungan 714 jam, atau 29.75 hari.

    Bagaimanapun, John kekal sebagai ribut tropika yang bergerak pada jarak paling jauh, meliputi 13,159 kilometer, manakala Freddy bergerak sejauh 12,785 kilometer. – AFP

    Gambar fail menunjukkan jalan rosak yang menghubungkan dua bandar, Blantyre dan Lilongwe berikutan hujan lebat yang dibawa Taufan Tropika Freddy di Blantyre, Malawi, pada 14 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...