LILONGWE, 19 MAC – Jumlah korban akibat siklon Freddy di selatan Malawi mencecah 447 orang setakat pukul 7 malam waktu tempatan kelmarin manakala seramai 362,928 penduduk telah dipindahkan.
Menurut kemas kini Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA) kelmarin, seramai 918 penduduk cedera dan 282 lagi hilang, lapor Xinhua.
Anggota tentera, polis dan pasukan penyelamat lain masih meneruskan operasi menyelamat.
Presiden Malawi, Lazarus Chakwera berkata beberapa misi asing, kerajaan, pertubuhan tempatan dan antarabangsa, syarikat dan individu telah bersetuju untuk menawarkan bantuan. – Bernama
