Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Siklon Kirrily dijangka landa Queensland

    BRISBANE, 24 JAN – Siklon tropika yang bergerak perlahan menuju ke arah timur laut Australia, hari telah mencapai kekuatan siklon dan dijangka akan membawa banjir ke negeri Queensland pada hujung minggu.

    Taufan Tropika Kirrily kini bergerak ke barat pada kelajuan 5 batu per jam (mph) dan diramalkan akan mendarat esok malam.

    “Selepas taufan itu melintasi pantai, ia berkemungkinan lemah kepada paras rendah tropika tetapi membawa kadar hujan yang sangat tinggi,” kata Perdana Menteri Queensland, Steven Miles pada sidang akhbar di Brisbane. “Dan bergantung pada laluannya, hujan itu berkemungkinan menyebabkan banjir di beberapa bahagian di negeri ini,” tambahnya.

    Angin bertiup sehingga 75 mph dijangka ketika ia melintasi Kepulauan Whitsunday sebelum meningkat kepada 93 mph di tanah besar Australia.

    Peramal Biro Meteorologi Australia, Laura Boekel berkata angin Kirrily mungkin cukup kuat untuk menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan, pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus.

    “Dari segi banjir, hujan paling lebat yang boleh membawa kepada banjir kilat yang berbahaya dan mengancam nyawa adalah mungkin berhampiran pusat dan selatan sistem itu dan ia berkemungkinan besar akan berlaku kerana sistem ini melintasi pantai esok,” kata Boekel.

    Ia merupakan taufan kedua dalam beberapa bulan yang melanda rantau itu, yang dilanda pada bulan Disember oleh Taufan Tropika Jasper, taufan tropika pertama musim Australia, yang menjangkau bulan-bulan panas di hemisfera selatan dari November hingga April. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...