Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siklon Mandous diramal cetus hujan lebat di India

    NEW DELHI, 8 DIS – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini mengeluarkan amaran  untuk pantai Tamil Nadu, Puducherry dan Andhra Pradesh berikutan ribut siklon Mandous semakin menghampiri kawasan itu.

    Menurut kenyataan IMD, ribut akan merentasi utara Tamil Nadu, Puducherry dan selatan Andhra Pradesh antara Puducherry dan Sriharikota dengan kelajuan angin maksimum 65-75 kilometer (km) sejam hingga 85 km sejam sekitar tengah malam Jumaat , lapor Xinhua. Berikutan itu hujan lebat selama tiga hari dijangka melanda Tamil Nadu, Puducherry dan Andhra Pradesh. 

    Angin kencang turut diramal melanda Tamil Nadu, Puducherry dan selatan Andhra Pradesh hingga 10 Disember dan pihak berkuasa melarang aktiviti menangkap ikan sepanjang tempoh itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda