Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siklon tropika bawa hujan lebat di Baja California

    MIAMI, 3 SEPT – Dua siklon tropika di Lautan Pasifik timur meningkat kekuatan kelmarin, ketika kedua-dua taufan tersebut membadai di laut, dengan salah satunya dijangka membawa hujan lebat ke Baja California, menurut ramalan cuaca.

    Pusat Taufan Kebangsaan di Miami berkata Ribut Tropika Lorena dijangka bakal bertukar menjadi taufan di luar pantai barat Mexico.

    Kelmarin, pusat Lorena tersebut terletak 250 kilometer di selatan Cabo San Lucas, Mexico dan ribut tropika itu mempunyai kelajuan angin maksimum 110 kilometer sejam serta bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 22 kilometer sejam, menurut peramal cuaca.

    Penduduk di barat daya Mexico dan semenanjung Baja California turut digesa memantau perkembangan ribut tersebut.

    Manakala, amaran ribut tropika telah dikeluarkan untuk kawasan dari Cabo San Lucas ke utara hingga Cabo San Lazaro.

    Gambar menunjukkan Ribut Tropika Lorena (atas kanan) di luar pantai barat Mexico dan Taufan Kiko (kiri) di perairan terbuka Lautan Pasifik timur pada 2 September. – AP

    Ramalan cuaca menjangkakan angin kencang dan jumlah hujan sehingga 38 sentimeter di beberapa kawasan Baja California Sur dan negeri Sonora barat daya sehingga Jumaat.

    Perkhidmatan cuaca turut memberi amaran, jumlah hujan boleh berubah bergantung kepada laluan ribut dan banjir kilat berkemungkinan berlaku.

    Sementara itu, Taufan Kiko juga meningkat kekuatan dengan kelajuan angin maksimum berterusan 169 kilometer sejam ketika bergerak ke arah barat di perairan terbuka kira-kira 2,800 kilometer di timur Hilo, Hawaii, menurut pusat taufan.

    Kiko dikategorikan sebagai Taufan Kategori 2 pada Skala Angin Taufan Saffir-Simpson, yang terdiri daripada Kategori 1 hingga 5. Siklon Kategori 3 atau lebih dianggap sebagai taufan besar. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda