Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siklon tropika Fina terbentuk di perairan Australia

    CANBERRA, 19 NOV – Satu siklon tropika terbentuk di perairan Northern Territory (NT) Australia dan berpotensi melanda kawasan pesisir pantai NT menjelang Jumaat atau Sabtu, menurut Biro Meteorologi (BoM).

    BoM berkata Siklon Tropika Fina terbentuk pada awal pagi tadi sebagai ribut Kategori Satu di utara ibu negeri NT, Darwin di Laut Arafura, dengan kelajuan angin mencecah 100 kilometer sejam.

    Setakat jam 3.30 pagi waktu tempatan, BoM berkata siklon itu berada 315 km ke utara-timur laut Darwin dan bergerak perlahan ke arah laut, tetapi dijangka semakin kuat kepada Kategori Dua pada lewat Rabu sebelum menuju ke pantai NT.

    “Menjelang Khamis, ia dijangka mengubah haluan ke selatan kemudian barat daya, membawanya ke arah pesisir pantai Northern Territory untuk kemungkinan impak pada Jumaat dan Sabtu,” katanya.

    Penduduk komuniti di utara NT telah dinasihatkan supaya memantau ramalan cuaca dan mematuhi arahan perkhidmatan kecemasan. – Bernama

    Gambar hiasan Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda