Wednesday, April 2, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Silat Hari Keputeraan labuh tirai

    Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

     

    TEMBURONG, 14 Julai – Awang Mohd Zulkarnain bin Haji Abdul Rahim telah menjuarai Kategori Seni Silat Cakak Asli Brunei Lelaki Dewasa dalam peringkat akhir Perlawanan Pencik Silat bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71, bagi peringkat Daerah Temburong, yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok di sini.

    Sementara dalam Kategori Kuntau Lelaki dan Wanita Dewasa masing-masing dimenangi oleh Awang Omar Abdul Aziz bin Ismail dan Dayangku Nurul Intan bin Pengiran Duraman. Manakala dalam Kategori Tanding Lelaki Dewasa Kelas C,D, G dan BB masing-masing dimenangi oleh Ampuan Ismail bin Ampuan Ahmad, Awang Muhd Nur Aziman bin Azmain, Awang Sahrul Syazwan bin Bakir dan Awang Muhd Faez Hafiyuddin bin Muhd Maswadi.

    Johan bagi Kategori Tanding Wanita Dewasa Kelas A pula diraih oleh Dayangku Nurul Intan Mas Wakilah binti Pengiran Duraman. Sebanyak lapan kategori telah dipertandingkan dalam pertandingan itu.

    Tetamu kehormat, Haji Zaman (tiga kanan) ketika menyaksikan perlawanan akhir itu.
    Tetamu kehormat, Haji Zaman (tiga kanan) ketika menyaksikan perlawanan akhir itu.
    Antara aksi menarik para peserta yang menyertai perlawanan yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok.
    Antara aksi menarik para peserta yang menyertai perlawanan yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok.

    Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Ketua Kampung Bokok, Daerah Temburong, Haji Zaman bin Haji Arsad, selaku tetamu kehormat. Beliau juga telah menyempurnakan upacara menyarungkan keris sebagai menutup pertandingan tersebut.

    Terdahulu, majlis telah dipertontonkan dengan persembahan Silat Cakak Asli oleh Yang Dipertua PERSIB, Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Ludin dan Pengiran Haji Karim bin Pengiran Haji Metassan. Majlis kemudian disusuli dengan Persembahan Pencak Silat Penutup Gelangang oleh Awang Samsuddin bin Duraman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda