BEIRUT, 1 Mac – Sebuah silinder yang mengandungi bahan radioaktif telah ditemukan berdekatan sebuah pantai di pinggir Beirut yang mampu mendatangkan mudarat kepada orang ramai, menurut pihak berkuasa Lubnan semalam.
Suruhanjaya Tenaga Atom Lubnan (LAEC) berkata silinder itu ditemui Selasa lalu di Ouzai, selatan ibu negara dan tidak ada sebarang kebocoran berlaku pada objek berkenaan.
Menurut kenyataan LAEC, beberapa ujian telah dijalankan di tapak berkenaan dan mendapati bahan radioaktif masih tersimpan dalam silinder serta tidak menyebabkan sebarang pencemaran radioaktif di kawasan ia ditemukan. – AFP