Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Simbah asid, wanita warga emas dipenjara 12 bulan

    KUALA LUMPUR, 14 JULAI – Seorang wanita warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini kerana menyimbah asid ke atas seorang lelaki warga Pakistan sehingga mengalami kelecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan, minggu lepas.

    Majistret Chai Guan Hock menjatuhkan hukuman itu terhadap Saira Abdullah, 62, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah, 37, dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, Gombak, pada 1:10 pagi, 4 Julai lepas.

    “Tertuduh telah mengaku bersalah dan menjimatkan masa dan kos mahkamah. Dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan keseriusan kesalahan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh tangkap pada 9 Julai 2023,” kata majistret itu.

    Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

    Peguam Izleen Ismail dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Selangor yang mewakili Saira merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya, seorang mualaf kini dalam pro-ses penceraian dengan suaminya selain mengalami kemurungan teruk serta menghidap penyakit darah tinggi. – Bernama

    Saira Abdullah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur, kelmarin kerana menyimbah asid ke atas seorang lelaki warga Pakistan sehingga mengalami kelecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan, minggu lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda