MILAN, 30 April – Harapan gelaran juara pasukan Napoli dilihat berkecai semalam selepas kekalahan mengejut 3-0 di Fiorentina, melengkapkan penyingkiran awal Kalidou Koulobaly dan hatrik dari Giovanni Simeone,
yang meletakkan Juventus lebih hampir bagi gelaran Serie A ketujuh berturut-turut.
Dengan hanya berbaki tiga perlawanan, Juventus mendahului empat mata ke atas pencabar terdekat Napoli dan boleh melengkapkan satu lagi ‘Scudetto’ pada hujung minggu depan.
Pemain penyerang Argentina, Simeone – anak lelaki kepada bos Atletico Madrid, Diego Simeone – menjaringkan hatrik dalam permainan menarik untuk terus menghidupkan harapan Fiorentina dalam persaingan Liga Europa.
Koulibaly, dilabel wira apabila menjaringkan gol menerusi tandukan yang menghidupkan harapan Napoli dengan kemenangan 1-0 ke atas Juventus di Turin minggu lalu, bertukar menjadi pemusnah di Florence apabila diarah meninggalkan padang selepas hanya lapan minit persaingan.
Napoli tidak dapat bangkit daripada penyingkiran Koulibaly, pemain pertahanan berbadan tinggi dari Senegal itu pada awalnya dilayangkan kad kuning kerana menyepak Simeone ketika dia membuat larian untuk menjaringkan gol.
Tetapi video pembantu pengadil (VAR) di Stadio Franchi menyaksikan kad kuning di tukar kepada kad merah, dengan sepakan bebas diberikan sebagai ganti sepakan penalti. – AFP