Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Simmons bakal terlepas Piala Dunia

    SYDNEY, 30 JUN – Pemain pertahanan Brooklyn Nets, Ben Simmons hari ini mengumumkan bahawa dia tidak akan menyertai pasukan Australia dalam Piala Dunia tahun ini.

    Keputusan itu dibuat untuk memberi tumpuan kepada pemulihan daripada kecederaan yang dialaminya.

    Bintang NBA yang terpilih sebagai All Star tiga kali itu tidak disenaraikan dalam senarai pasukan negaranya yang diumumkan pada bulan Mei lalu.

    Walau bagaimanapun, jurulatih Brian Goorjian meninggalkan ruang untuk kemungkinan dia menyertai pasukan pada peringkat seterusnya.

    Simmons, yang merupakan Rookie NBA pada tahun 2018, sebelum ini hasratnya untuk bermain setelah memilih untuk tidak menyertai Olimpik Tokyo.

    Gambar Freepik

    Namun, dia kini sedang menjalani pemulihan daripada kecederaan belakang yang dialaminya.

    “Ben memerlukan lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada pemulihannya dan dia berharap dapat menyertai pasukan Boomers pada masa depan.

    “Kami mendoakan yang terbaik untuk Ben dalam pemulihannya,” kata Persatuan Bola Keranjang Australia di Twitter.

    Piala Dunia yang dianjurkan bersama oleh Jepun, Indonesia dan Filipina, akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 10 September.

    Australia, yang menduduki tempat keempat pada Piala Dunia 2019 di China dan ketiga di Sukan Olimpik Tokyo, akan berada dalam kumpulan bersama Jepun, Finland dan Jerman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda