Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Simons lanjut pinjaman di RB Leipzig

    BERLIN, 6 OGOS – Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) dari Belanda, Xavi Simons telah melanjutkan pinjamannya di RB Leipzig selama setahun, menolak minat yang dilaporkan dari Bayern Munich.

    PSG mengesahkan pinjaman itu kelmarin tetapi menegaskan bahawa perjanjian itu ‘tanpa pilihan untuk membeli’.

    “PSG mengucapkan selamat maju jaya kepada Xavi bagi mengharungi musim yang hebat bersama RB Leipzig,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

    Pemain berusia 21 tahun itu, yang mempamerkan prestasi cemerlang bersama pasukan Belanda pada Euro 2024, menjaringkan gol pembukaan semasa kekalahan 2-1 di peringkat separuh akhir menentang England, menghasilkan beberapa persembahan yang baik untuk Leipzig musim lalu.

    Lapan gol dan 13 assists dalam 32 perlawanan Bundesliga sudah cukup untuk menarik perhatian beberapa kelab Eropah termasuk Bayern.

    Pengarah sukan Bayern, Max Eberl, yang memegang peranan yang sama di Leipzig ketika kelab itu menandatangani Simons musim lalu, memuji Simons yang beraksi cemerlang bulan lalu, dengan mengatakan gergasi Jerman itu akan ‘mencuba segala-galanya’ untuk membawa pemain tengah itu dan pemain-pemain lain pada musim panas ini. – AFP

    Aksi Xavi Simons semasa perlawanan separuh akhir kejohanan bola sepak Euro 2024 di Dortmund, Jerman pada 10 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda