Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Simpan mayat suami 11 tahun

    SALT LAKE CITY, AMERIKA SYARIKAT, 29 NOV – Polis yang menyiasat kematian seorang wanita di rumah jagaan pesara di Utah, Amerika Syarikat terkejut apabila menemui mayat suaminya yang mungkin disimpan selama 11 tahun dalam peti sejuk.

    Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa Jeanne Souron-Mathers, 75, ditemui mati di Toole, barat Salt Lake City oleh polis yang memeriksa rumahnya selepas seorang pekerja penyelenggaraan memberitahu tidak melihatnya selama dua minggu.

    Polis yang melakukan pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui satu lagi mayat yang identitinya disahkan sebagai suaminya, Paul Edwards Mathers, 69 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda