Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Simpan niat mahu jadi wakil rakyat

    Pelakon Fikry Ibrahim, 29, menyimpan hasrat menyertai dunia politik sebagai wakil rakyat bagi membantu komuniti.

    Bagaimanapun, Fikry hanya sedia terjun dalam dunia politik yang dianggap penuh cabaran sekiranya mempunyai perniagaan yang stabil bagi membolehkannya membantu rakyat.

    “Jujurnya, saya ada memikirkan usaha membantu rakyat. Tetapi, pertamanya, saya perlu ada perniagaan dan kerja hakiki, barulah niat masuk politik dapat bantu rakyat.

    “Tetapi, kalau masuk sekadar mahu bermain, pastinya motivasi saya hanya mahukan jawatan sebab tiada kerja hakiki.

    “Jadi, selagi ada mentaliti itu, saya takkan masuk politik sebab saya akan rosak dan hanya mahu berebut jawatan.

    Fikry hanya sedia terjun dalam dunia politik yang dianggap penuh cabaran sekiranya mempunyai perniagaan yang stabil bagi membolehkannya membantu rakyat. – mStar

    “Saya perlu ada satu bisnes stabil bagi menampung hidup, barulah sertai dunia politik,” katanya kepada BH Online.

    Sementara itu, mengulas sama ada menghasilkan kandungan atau parodi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan, Fikry berkata, dia tidak sabar mengeluarkan semua kandungan yang sudah disediakan.

    “Ada, semua sudah sedia dan tunggu masa hendak keluarkan sahaja. Saya banyak membuat poster, tetapi bukanlah dibayar dan kandungan lain.

    “Tetapi, saya ada tolong rakan tanpa dibayar. Bukan sebab parti atau ideologi parti, tetapi sebagai sahabat.

    “Sebagai contoh, rakan daripada parti PAS minta hadiri kendurinya, jadi saya pergi. Begitu begitu juga rakan Pakatan Harapan (PH) dan selebihnya.

    “Saya tolong atas dasar kawan dan ikhlas. Saya tidak malu sebab tolong kawan dan berharap melakukan sesuatu baik untuk rakyat,” katanya.

    Namun, Fikry mahu rakyat Malaysia berfikiran positif. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda