Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Simposium Brunei Art dirasmikan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Tiga penyedia pendidikan berasaskan kesenian telah menggariskan manfaat dan hasil berkaitan pendidikan seni di negara ini dalam Simposium Brunei Art yang julung-julung kalinya diadakan di Brunei, hari ini.

    Simposium yang berlangsung di Institusi Mahakarya of the Arts Asia, Plaza Athirah itu telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Juga hadir ke majlis itu, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah dan Pengiran Seti Aminah.

    Simposium sehari itu mengetengahkan profesional-profesional dalam industri seni seperti Dekan Institut Mahakarya Arts Asia, Dr Alexander J Fischer, Pengasas Expression Musik, Lily Chiam dan Pengasas Atelier Huifong Ng, Huifong Ng.

    Simposium tersebut membincangkan pilihan pendidikan berasaskan kesenian yang terdapat di negara ini selain tentang peluang pekerjaan masa depan dan kepentingan kreatif dan kemahiran dalam pemikiran kritikal yang sering ditunjukkan dalam pendidikan berasakan seni.

    Selain itu, simposium berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan muzik, video dan pameran 48 buah karya lukisan di atas kanvas dengan bentuk hati.

    Lukisan yang membawa tema sempena Hari Jantung Sedunia 2019 itu dihasilkan oleh pelajar berumur antara tujuh hingga 20 tahun dari Atelier Huifon Ng. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan merasmikan pameran lukisan daripada pelajar-pelajar Atelier Huifon Ng.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda