Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Simposium ingati jasa sasterawan Brunei

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Sebagai sebahagian daripada acara semarak Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, Simposium Kesusasteraan Kebangsaan 2023 diadakan selama dua hari, bermula hari ini dengan tema ‘Memperteguh Nasionalisme dan Nilai-nilai KeBruneiaan’.

Kegiatan tersebut diselenggarakan oleh Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Program Kesusasteraan Melayu, Program Pengajian Melayu Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan kumpulan Putera SENI (KPS).

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pelancarannya yang berlangsung di Balai Sarmayuda DBP, Berakas itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh, sebagai wakil Setiausaha Tetap (Pendidian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

Ketua I ASTERAWANI Brunei Darussalam, Profesor Ampuan Dr Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan bahawa 13 buah kertas kerja akan disampaikan oleh 13 orang pembentang, elit budaya dan mantan pensyarah sastera dan budaya UBD sepanjang acara dua hari itu.

Simposium tersebut juga akan menampilkan seorang pembentang dari universiti luar negara iaitu Profesor Pengajian Asia Tenggara di Universiti Goethe Frankfurt German, Profesor Dr Arndt Graf yang akan membincangkan motif karya Muslim Burmat dengan tajuk ‘Burung Salji dan Gunung Alps’.

Antara tujuan simposium tersebut ialah bagi memperingati jasa dan sumbangan
tokoh penulis tempatan dan sebagai bentuk apreasiasi pada karya dan penulis.

Ia juga diharap dapat mempertemukan para sasterawan, sarjana, pelajar dan peminat sastera dalam suatu rang pembentangan dan perbincangan yang dapat mempertemukan para sasterawan, sarjana, pelajar dan peminat sastera dalam suatu majlis ilmu, membincangkan mengenai perkembangan sastera di Brunei dan sumbangan tokoh-tokoh penulis tempatan dalam memperteguh nasionalisme dan nilai-nilai keBruneian.

Fokus simposium tersebut ialah memperingati jasa bakti dan sumbangan sasterawan-sasterawan Brunei khususnya Allahyarham Dato Paduka Haji Muslim bin Haji Burut (Muslim Burmat).

Dr Chin Wei Keh memukul gong bagi melancarkan simposium selama dua hari sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-39.
Antara yang hadir pada majlis pelancaran itu.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -