Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Simu Lui janji akan jadi lebih baik

    Hero filem Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings iaitu Simu Lui mendedahkan dia pernah melalui fasa trauma ketika zaman kanak-kanak.

    Menurut Simu Lui, dia tidak biasa dengan kehidupan baharu ketika berpindah ke Kanada bersama ibu bapanya semasa berusia empat tahun. Pelakon itu memberitahu dia tidak mendapat perhatian sepenuhnya oleh ibu bapanya berbeza di bawah jagaan datuk dan nenek di China.

    “Saya rasakan mereka tidak memberi satu kehidupan yang sama seperti datuk dan nenek.

    “Saya juga pernah terfikir memiliki ibu bapa paling teruk. Saya rasa terpinggir dan tidak ada sesiapa yang memahami apa yang dilalui di rumah,” katanya seperti yang dipetik dari People. Simu Lui juga pernah memberontak gara-gara dimarahi kerana mendapat keputusan kurang cemerlang ketika di bangku sekolah.

    Bagaimanapun hubungan Simu Lui dan kedua ibu bapanya kembali jernih apabila dia menulis sepucuk surat luahan hati semasa sambutan ulang tahun ke-60 ibunya.

    “Itulah pertama kali kami bercakap tentang isu tersebut. Sebagai manusia kami mengakui segala kesilapan.

    “Kami juga berjanji menjadi lebih baik akan datang,” ujarnya. – Agensi

    Simu Liu (tengah) kini sudah berbaik dengan ibu dan bapanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...