Sinabung muntah abu lagi

JAKARTA, 29 OKT – Gunung Berapi Sinabung di daerah Karo, wilayah Sumatera Utara hari ini memuntahkan abu lagi setinggi 2,000 meter ke arah timur dan barat dayanya, menurut seorang pegawai.

“Gunung Sinabung meletus abu tebal sehingga ke altitud 1,500 meter,” kata ketua pos pemantauan Gunung Sinabung, Armen Putra.

Pada masa ini, gunung berapi dengan ketinggian 2,460 meter dari paras laut diletakkan dalam amaran waspada.

Putra meminta penduduk di sekitarnya untuk tidak berada dalam zon merah dengan radius lima kilometer ke timur dan tenggara, dan empat kilometer ke timur laut puncak gunung itu.

Pada 2013, Sinabung meletus berulang kali, menyebabkan lebih 16,000 penduduk melarikan diri dari kediaman mereka.

Manakala dalam letusan pada 21 Mei 2016, ia mengorbankan tujuh nyawa dan dua lagi melecur. – Xinhua

Gunung Sinabung meletuskan abu volkanik yang dilihat dari Kampung Tiga Pancur di Karo, Sumatera Utara, Indonesia. – Xinhua