Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinar Islam terus berkembang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Seorang lelaki berbangsa Cina telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Masjid Kampung Belimbing Subok.

    Pada majlis itu, Teo Siong Hong, 27, telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman), Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Razin Hong bin Abdullah.

    Hadir menyaksikan majlis penuh keberkatan itu selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

    Menurut PDI, seramai 120 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini dengan 15 orang daripadanya adalah berbangsa Cina.

    Awang Muhammad Razin Hong ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislamannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda