Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sindiket jadi pemain bola sepak terkenal dibongkar

    MADRID, 12 APRIL – Polis Sepanyol kelmarin berkata mereka telah membongkar dua sindiket yang didakwa menipu berpuluh-puluh keluarga, terutamanya dari Brazil, dengan janji palsu untuk menjadikan anak lelaki mereka sebagai pemain bola sepak elit.

    Kedua-dua kumpulan itu mengendalikan sekolah bola sepak yang merekrut belia dari kalangan keluarga kaya di luar negara dengan janji palsu untuk melatih mereka menjadi bintang bola sepak profesional, kata polis dalam satu kenyataan.

    Sindiket itu yang beroperasi secara bebas akan mengenakan bayaran permulaan kepada keluarga sebanyak lebih 5,000 euro (AS$5,400) dan kemudian bayaran bulanan sehingga 1,700 euro bagi setiap pemain, tambahnya.

    Kumpulan terbabit mendakwa wang itu adalah untuk menampung yuran pengajian di sekolah-sekolah di bandar selatan Granada serta makanan, tempat tinggal dan kertas kerja untuk menda-patkan permit penduduk tetap.

    Tetapi sebaliknya golongan belia “tinggal di rumah yang disediakan oleh kelab dalam keadaan sempit, dengan sedikit makanan dan tiada seorang pun daripada mereka berjaya mendapat permit sah” di Sepanyol, kata kenyataan itu.

    Polis mengesyaki dua kumpulan itu merekrut kira-kira 70 remaja, terutamanya warga Brazil, berusia antara 16 dan 23 tahun.

    Pegawai menahan 11 anggota kumpulan itu manakala dua lagi sedang disiasat kerana suspek terlibat dalam kegiatan haram tersebut.

    Polis memulakan siasatan selepas menerima aduan daripada seorang pemain yang telah direkrut oleh salah satu sindiket berkenaan. – AFP

    Kebanyakan keluarga dari Brazil termakan janji palsu oleh sindiket berkenaan yang kononnya akan melatih anak muda untuk menjadi bintang bola sepak profesional. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda