Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sindiket menyamar pegawai kanan kerajaan tumpas

    KOTA KINABALU, 23 JULAI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menumpaskan sindiket penyamaran sebagai pegawai kanan suruhanjaya itu dan pegawai kanan kepada Menteri Dalam Negeri, baru-baru ini.

    Menurut sumber, modus operandi sindiket terbabit dipercayai menggunakan penyamaran itu untuk menipu mangsa kononnya mereka boleh menyelesaikan kes disiasat agensi penguat kuasa, dan sindiket itu mengakibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

    “Hasil serbuan berdasarkan risikan yang dijalankan SPRM dan Polis Diraja Malaysia di beberapa lokasi di sini sejak beberapa hari lepas mendapati sebanyak tujuh individu warganegara Malaysia yang berumur antara 20 hingga 30 tahun ditahan.

    “Proses permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan akan dibuat terhadap mereka di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu esok,” katanya di sini, hari ini.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda