SARAWAK, 24 OGOS – Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup dan memperdagangkan manusia di Sarawak yang menjanjikan pekerjaan di atas kapal kepada mangsa.
Ini ekoran penahanan ketua sindiket warga tempatan berusia 40 tahun yang dikenali sebagai ‘Dudley’ dan empat pembantunya lelaki warga
India berusia antara 20 hingga 40 tahun dalam operasi khas Ops Dudley di beberapa lokasi serbuan di sekitar Sarawak antara 19 hingga 22 Ogos lepas.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini berkata operasi yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen
Putrajaya dan Jabatan Imigresen Negeri Sarawak turut berjaya menyelamatkan 12 lelaki warga India yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak Mei tahun lepas setelah pintu masuk sempadan negara dibuka semula setelah ditutup akibat pandemik Covid-19.
– Bernama
