HANOI, 29 MEI – Polis Vietnam menumpaskan satu sindiket kad online besar-besaran dengan pendapatan dianggarkan berjumlah AS$2.6 bilion, sindiket terbesar pernah dipatahkan dalam sebuah negara di mana kebanyakan perjudian diharamkan namun masih berleluasa.
Laman web ‘No Hu’ – secara kasarnya diterjemahkan sebagai ‘pecahkan balang’ dalam Bahasa Inggeris – amat popular dalam kalangan rakyat Vietnam, dengan orang awam obses menyertai perjudian itu melalui telefon pintar atau komputer.
Pemain membeli kredit daripada ejen yang membayar secara tunai jika menang atau memberikan pinjaman kepada penjudi yang sering kalah dengan cagaran seperti motosikal dan aset-aset lainnya. – AFP